Penyerahan Sijil Pentauliahan sebagai Mobile Trainer kepada MT Abdul Halim Mohd Noordin daripada Pengetua RWA, Puan Sinona, pada 16 September 2017.











PENGUMUMAN PENGURUSAN RICH WORLD ACADEMY

PELANTIKAN PENGETUA RWA

Sukacita dimaklumkan. mulai 1 Julai 2017, pihak pengurusan RWA telah melantik Puan Sinona Mat Shaari sebagai Pengetua RWA menggantikan Tn Nasuha.

Puan Nona yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang latihan dilihat sebagai calon paling sesuai untuk menerajui RWA dengan meneruskan usaha yang dimulakan oleh Tn Nasuha dan seterusnya membawa RWA ke tahap yang lebih tinggi.

BIODATA PUAN SINONA

Pendidikan awal - Main Convent Ipoh sebelum memulakan kerjaya sebagai Pramugari.

Pengalaman:
MAS - 15 tahun
AIR ATLANTA - 6 tahun
SAUDIA AIR - 3 tahun
WORLD AIRWAY -1 tahun
AIR INDIA - 1 tahun
AIR ASIA peringkat awal penubuhannya - 6 bulan

Beliau kemudian menceburkan diri dalam bidang pertanian dan telah dinobatkan sebagai Usahawan Desa berjaya 2008/2009 - Usahawan Cendawan

Beliau menjadi Tenaga Pengajar untuk usahawan-usahawan di bidang Cendawan dan 
Telah melahirkan ramai usahawan-usahawan di serata Malaysia dan juga negara-negara asean.

Mencipta produk-produk nilaitambah cendawan sendiri dengan jenama SINONA.

Resepi cendawan beliau telah dikeluarkan di majalah-majalah dan dibukukan.

Beliau juga pernah bersiaran di tv1/tv2/tv3 dan Astro.

Pihak pengurusan mengucapkan Selamat Bertugas kepada Pn Nona dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn Nasuha di atas jasa yang dicurahkan sepanjang menjadi Pengetua.

Tn Nasuha akan menumpukan masa dan tenaga beliau untuk menerajui badan induk Rich World. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Penyerahan Sijil Pentauliahan sebagai Mobile Trainer kepada MT Nithia daripada Tn Khalid, Pengrus Pentadbiran, RWA pada 22 Mei 2017


Peserta NET anjuran JITU Synergy Industries dan RWA bergambar bersama MT Melvin dan Pengasas RWA, Tn Nasuha.

Pengurusan RWA mengucapkan TAHNIAH kepada 3 lagi ahli RWA yang telah menamatkan latihan mereka dan dan ditauliahkan sebagai Mobile Trainer berkuatkuasa 13 & 15hb Mei 2017.



Pengurusan RWA mengucapkan TAHNIAH kepada 4 ahli RWA yang telah menamatkan latihan mereka dan dan ditauliahkan sebagai Mobile Trainer berkuatkuasa 6hb Mei 2017.

Pentauliahan kedua akan dilakukan di Cawangan RWA, Sayap Utara di Sungai Petani pada 13hb Mei 2017.












15 Feb 2107 Tuan Nasuha menyampaikan Kertas Cadangan untuk menganjurkan BON
kepada Prof. Dr Abdullah dari Kolej Universiti INSANIAH, Kuala Ketil, Kedah.

12 Feb 2017 TAHNIAH Jonru Media Center dan RWA


12 Feb 2017 JMC Indonesia dan RWA menandatangani MoU.
11 Feb 2017 Perbincangan antara Tuan Nasuha dengan pihak di Indonesia.



Tahniah kepada Tuan Ganesha Merlyn dari Kuala Lumpur yang dilantik menjadi wakil RWA.

Jemputan dari Kolej Universiti Insaniah, Kuala Ketil, Kedah




Tuan Nasuha bersama Tuan Zamri dari Tunjang Resources setelah menandatangani MoU 
untuk berkolaborasi dalam penganjuran BON.


Tahniah kepada Cikgu Shikiman dari Sungai Petani yang dilantik menjadi wakil RWA.